Tuesday, 13 December 2011

We are Friends!!!

Dear diary,
Hari ini aku akan melangkah ke sekolah baru. Ahh... sungguh asing namun aku terpaksa akur apabila ayahku dipindahkan ke tempat baru untuk kesekian kali. Bagaimana agaknya suasana sekolah baru. Adakah aku akan mendapat kawan baru. We'll look and see.

Chloe menutup diari mininya. Peralatan sekolahnya sudah disiapkan sejak awl pagi lagi. Ayahnya sedang menikmati sarapan pagi sebelum berangkat. Chloe melangkah lambat menuruni tangga. Dia merupakan anak tunggal kepada Mr. Adam dan Mrs. Miranda. Oleh itu, hampir kesemua keinginannya akan dipenuhi.

"Chloe, come here.Taking breakfast with us. Today you'll be into the new school,"

"I'm know, dad," balas Chloe, malas.

"Honey, don't be moody. Please smile. Here, i've bake your favourite pancake and muffins," pujuk Mrs. Miranda, mengusap kepala anak tunggalnya.

Selesai sahaja pendaftaran, Chloe akan dibawa masuk ke kelasnya. Para pelajar di situ tergolong dalam golongan yang kaya. Yuran pendaftaran sahaja sudah mencecah ratusan ringgit. Chloe akan ditempatkan di kelas 4b-2 iaitu kelas kedua bagi tahun pertama menengah atas.

"Honey, i hope you'll happy here and find new buddys. If you sad, you can call me immediately and i would answer it fastly. I love you, honey," satu kucupan hinggap di dahi Chloe sebagai tanda kasih dan sayang Mr. Adam kepada anaknya.
*               *              *               *
"Good morning, girls. Today we get a new student who just transfer here. Come here, girl. Please introduce yourself," Mrs. Lim memanggil Chloe masuk.

"Hey, everybody. I'm Chloe. Saya baru pindah kat sini. I hope we will be friends"

"Okay,Chloe. Please take your seat beside her. Alex, please show to her," arah Mrs. Lim.

"Hey, my name is Alex. Nice to meet you. Don't worry, they are nice," sapa Alex sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Muka Alex sangat ceria berbanding pelajar - pelajar yang lain. Malah Alex juga sangat peramah. Chloe membalas huluran tangan Alex. Hatinya berbunga keriangan kerana dia sudah mendapat seorang kawan baru di sekolah baru.

Kringg....!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Para pelajar melangkah keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing - masing. Alex dan Chloe berjalan keluar dari sekolah. Mereka sangat rapat meskipun perkenalan baru sehari.

"Alex, visit me if you free. I'll waiting you,"

Chloe melangkah masuk ke dalam kereta ayahnya, meninggalkan Alex keseorangan. Mereka saling melambai.

"Okay, BYE!!!!!" laung Alex. Kereta Chloe semakin hilang di pandangan mata Alex. Dia berlari keriangan pulang ke rumah.
*                *             *               *
Dear diary,

Hari nie aku telah mendapat seorang kawan yang sangat baik hati. Namanya Alex. Ayahnya businessman. Maknya tak tahu kerja apa, saya tak sempat nak tanya.Tapi yang pasti KAYAnyer dia. Tak kisahlah semua tu, yang penting dia sudi berkawan dengan aku. Tadi, kat sekolah ada satu kumpulan yang kononnya kumpulan popular kat sekolah menjeling ke arah aku dan Alex. Aku tak tahu kenapa. Mungkin diorang jeles dengan kami kot. Alex kata ketuanya nama Elissa. Anak kepada penyumbang terbesar dana sekolah. Tak apa lah dia sebab ayahnya seorang businessman yang berjaya. Alex nak datang rumah aku malam nie. Bestnye. Bolehlah aku share my favourite with our. It would be nice.

Chloe menghabiskan tulisannya. Itu sudah menjadi rutin hariannya untuk menceritakan setiap perkara yang berlaku ke atasnya dalam diari.

"Miss, your friend is waiting for you," ucap maid, mematikan lamunannya.

"Thanks you.Please make us some delicous snack,"pinta Chloe.

Chloe berlari menuruni tangga. Kelihatan Alex sudah menantinya di ruang tamu rumahnya dengan mengenakan pakaian yang cantik dan simple.

"ALEXX!!!!"

"Chloe, besarnya rumah kau. Tak sangka aku," Alex dan Chloe berpelukan. 

"Jom naik ke bilik aku. There are somethings sweet that i wanna show,"

"Wooww, this is your room? So nice and awesome,"

"Hey, don't say that. This is simple than Elissa's room. It would be a big room than me,"

Alex membaringkan badannya di atas katil Chloe. Sungguh empuk dan lembut. Bilik Chloe dicat dengan pilihan warna merah jambu dan menyerlahkan lagi ciri - ciri penampilan 'princess'.Tambahan pula hiasannya sangat cantik dan comel. Mereka berdua berborak mengenai sekolah. Pelbagai gosip dan info terbaru rancak diperkatakan.

"Miss, here your snack. Enjoy it," maid Chloe mengganggu perbualan dua sahabat. Alex sedikit teruja melihat maid Chloe.

"Chloe, you've a maid. How nice. Dia masak apa untuk breakfast and other meals?," soal Alex

"Taklah, maid aku tak masak pun.Dia hanya buat kerja rumah memandangkan mak aku sibuk dan tiada masa untuk mengemas. Namun kalau bab memasak, mak aku yang buat. Eh, kau ceritalah plak pasal family kau. Takkan aku jer yang cerita. Aku nak tahu juga pasal kau,"

"Hmm... Rumah aku ada maid separuh masa jer. Sebab ayah aku tak kasi orang luar berada dalam rumah kami. Kalau tetamu tu, lain kiralah.Kat rumah aku ada kolam renang yang besar. Nanti kau datanglah kat rumah aku. Okey, kau nak tahu apa lagi?"

"Pasal adik beradik kau?,"

"My siblings?"

"Yes, your siblings"

"I've a sister but she's already died,"

"Errr... I'm sorry for asking. Aku tak tahu,"

"It's okay. Because you don't know you're asking,"
*                  *                     *               *
Kemana saja Chloe pergi, pasti Ales ada disisi. Mereka ibarat isi dan kuku malah tak boleh berjauhan. Bagi Chloe, Alex adalah kawan baiknya sampai bila-bila. Begitu juga Alex. Kini, mereka berdua sudah berada di tahun akhir menengah atas. Mereka juga bakal menduduki 'final exam'. Chloe dan Alex sering menbuat ulangkaji bersama di dalam kelas hingga ke petang ataupun di rumah Chloe pada waktu malam dan hujung minggu.

"Chloe, i wanna go to toilet awhile,"

"Sure"

Alex berjalan ke tandas untuk melepaskan hajat. Selesai sahaja, dia terus pulang ke kelas. Dalam perjalanan itu, Alex dihalang oleh Elissa dan kumpulannya.

"Oii... Apa nie?," bentak Alex, apabila dia dikepung dan dihalang.

"Hoi!!! Alex, jangan kau cuba berlagak pandai dan rapat dengan budak bawahan tu. Kalu tak, nahas kau. Aku akan bongkar semua penipuan kau," ugut Elissa sambil membelai rambut Alex.

"Hey, Elissa.Kau dengar sini.Kau ingat aku takut dengan KAU... Aku nak kau tahu yang aku tak takut langsung dengan kau. Entah apa dendam kau kat aku sampai aku berkawan dengan sesiapapun kau nak tentukan," marah Alex menepis tangan Elissa dengan kasar.

"Tak guna!!! Dasar budak miskin.Hey, kau sedar sikit diri kau tu siapa. Kau hanya anak kepada maid yang GATAL. Aku ulang GATAL. Kau dan mak kau sama jer. Mak kau tu tak tahu malu goda ayah aku untuk bernikah dengan mak kau. Ada hati nak rampas harta ayah aku. Dasar mata duitan. Sedarlah sikit, kalau bukan kerana ayah aku yang kesian dan sanggup jadi pak sanggup mak kau, dah tentu kau takkan bersekolah lagi kat sini.," Elissa menampar kuat pipi Alex hingga menyebabkan cecair merah keluar mengalir dari mulut Alex. Kawan - kawan Elissa ketawa sinis memandang Alex. Mereka semua berlalu pergi dari situ. Akhirnya hidup Alex akan hancur jua.Padan muka kau Alex,getus Elissa.Elissa berhentikan langkah dan berpaling ke arah Alex.

"Dan satu lagi, aku nak beritahu kau yang kau nie hanya anak luar nikah sebab mak kau mengandungkan kau sebelum bernikah.So kau nie tak layak langsung untuk dapat keistimewaan apapun,"

Chloe terdengar perbualan antara Elissa dan Alex. Tadi dia mendengar bunya bising dari luar kelas dan cuba meninjau untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Tak sangka dia akan mengetahui satu rahsia. Rupa - rupanya Alex dan Elissa adalah adik beradik tiri. Alex telah menipunya selama nie. Mengapa Alex perlu merahsiakan keadaannya yang sebenar. Chloe melangkah kembali ke mejanya.Dia sangat terkejut dengan apa yang baru didengarnya tadi. Dia benci untuk berkawan dengan PENIPU. Hidupnya juga sudah banyak kali ditipu oleh kawannya semasa di sekolah lama dan mengapa Alex perlu menipunya setelah dia sanggup menerima Alex sebagai kawan baiknya.
*                     *                   *                     *
"Alex, kaulah sahabat baik aku sampai mati"

"Kalau aku, kaulah sahabat baik aku sampai ke syurga,"

"me, too"

"Chloe, i love you, friend."

"Alex, promise me that you'll never leave me and lie to me. You'll always tell me the truth, right?"

"I promise" riak muka Alex sedikit berubah mendengar kata-kata Chloe.Alex berjaya menutupi perubahan reaksinya tadi dengan senyuman.

"Kita kawan bukan untuk popular atau sebab kita kaya. Tapi kita kawan sebab we're friends,"
*                     *                 *                   *
Chloe mengimbau kembali kenangan itu. Alex sudah berjanji untuk tidak membohonginya tapi Alex mungkir janji. Segalanya tentang Alex, semuanya bohong. Alex berjalan masuk ke kelas dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya tadi. Dia menarik kerusinya dan duduk di hadapan Chloe.

"Where're we?" Lets continue,"kata Alex mempamerkan wajah riang.Itulah kelebihan Alex yang dikagumi Chloe, sentiasa riang dan menghiburkan hati sesiapa di samping nya.

"Alex, kenapa mulut kau berdarah?" soal Chloe mempamerkan muka serius.

"Hah!!! Oh, nie pasal aku terjatuh dalam tandas. Tandas tu licin sangat hingga mulut aku terhantuk kat sink. Sakit giler tapi aku dah tak sakit sebab aku jumpa kau," Alex mengelap darah di bibirnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis.

"Sudahlah ALEX!!! Berapa kali kau nak tipu aku, hah? Kononnya kau anak orang kaya tapi kenyataanya kau hanya anak orang gaji. Patutlah kau tak bagi aku pergi ke rumah setiap kali aku minta sebab kata-kata kau tak sama dengan realiti. You said you sister had died but you lying me. She still alive. Elissa is your sister. How could you lie to me. You know i believe you but you broke it. I hate you. Really hate you," marah Chloe, menitiskan mutiara jernih.

Chloe bangun dari tempat duduknya dan berlari pergi.Benci hatinya melihat muka Alex. Alex tersentak. Mata mulai bergenangan air mata. Hatinya pilu. Sanubarinya lemah dan tidak berdaya. Alex terpaksa menipu Chloe hanya semata-mata untuk berkawan dengannya. Semua ini gara-gara Elissa yang menyebarkan propaganda bagi menghalang semua orang daripada berkawan dengannya.Dia tiada kawan selama nie. Dan selama itu juga Alex hidup kesunyian dan kesepian hingga kedatangan Chloe menceriakan kembali hidupnya yang sudah terbuang ketika dulu. Alex mengemas semua barang kepunyaan Chloe dan dia. Dia akan pergi ke rumah Chloe untuk menyerahkan barang Chloe dan juga untuk memohon maaf atas kesalahannya. Alex nekad bahawa dia akan terima apa yang akan berlaku meskipun dia terpaksa menelan kepahitan untuk berjauhan dengan Chloe. Ini semuanya salah dirinya yang berbohong.Chloe menangi teresak-esak di dalam bilik.Lepas kejadian tadi, dia terus masuk ke biliknya dan mengurung diri. Tak sanggup rasanya bila dibohongi oleh sahabat baiknya sendiri.

"Honey, your friend is here. Please open the door," pujuk Mrs. Miranda

"Go away. I don't want to see her again,"

"Honey, don't say that to her bestfriend,"

"Aunty, it's okat. Lets me talk to her.It's my problem with her"

"Are you sure?"

"Yes"

"Okay,"

"Chloe, i know that i was wrong. I'm sorry for lying you. I think you wouldn't friend with me if i told the truth,"

"Go away. I don't want to talk with a liar like you,"

"Okay,i'll not disturb you anymore.I understanding your situation now. I know it's hard when your friends are lying to you but it's really hard  when your own family don't care of you. I'll go now and here your things.I leave it here. I always be waiting for you,my friend"

Alex berjalan pulan ke rumah. Sakit hatinya dan menyesal. Rumah? 
Dia tiada rumah sejak ibunya meninggal dunia. Dia telah dihalau keluar oleh Elissa dan ibunya. Mereka berdua amat bencikan Alex. Alex tiada tempat bergantung. Ayahnya hanya menuruti permintaan ibu Elissa. Sejak itu, dia menetap di rumah seorang nenek yang baik hati. Nenek itulah yang menjumpainya di tepi jalan ketika dia diusir keluar. Nenek itu jualah yang mengasuhnya dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Namun ketika dia meningkat usia remaja, neneknya jatuh sakit. Dia perlu duit untuk rawatan penyakit neneknya yang semakin tenat. Alex terpaksa menebal muka untuk meraih simpati daripada seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya ayahnya bersetuju untuk membantu dengan syarat dia perlu bersekolah di sekolah yang sama dengan Elissa. Syarat itupun Elissa yang tentukan. Untuk apa, dia tak pasti, yang penting neneknya akan mendapat rawatan yang baik.
*                   *                  *                   *
Dear diari,

Hari nie aku terkilan dengan Alex kerana dia menipu aku. Aku tak kisah kalau dia menceritakan hal sebenarnya pada aku tapi mengapa perlu dia menipu aku.Adakah hanya semata-mata untuk berkawan dengan aku?Arr..lantaklah semua itu yang pasti dia dah tipu aku. Aku sangat benci penipu. Tapi aku sayangkan Alex dan tak boleh berenggang daripadanya walau sedetik. Malah aku memberi kepercayaan aku kepadnya 100%. Tapi kenapa dia perlu anggap yang aku nie mata duitan atau berkawan dengannya atas dasar kekayaan. Hanya gara-gara aku sering berbicara tentang kemewahan. Itupun kerana dia juga. Tadi dia datang untuk minta maaf, tapi aku buat tak layan jer. Sakit hati aku masih membara. Sangat sukar untuk dipadam. Aku tahu dia sedih tapi dia perlu tahu yang aku sangat kecewa dengannya. Sudahlah diary, aku malas lagi berbicara tentang Alex si penipu.

Keesokannya, Chloe malas untuk ke sekolah. Dia malas untuk berjumpa dengan Alex, tambuhan pula mereka duduk bersebelahan di dalam kelas.

"Honey,boleh mama masuk?"

"Sure"

Mrs.Miranda duduk di tepi Chloe. Dia mengusap kepala Chloe dan menciumnya.Dia begitu sayangkan anaknya dan sentiasa menginginkan kebahagiaan untuk anaknya. Dia mengatahui bahawa anaknya masih memarahi Alex atas pembohongan itu.

"Honey, kamu tak mahu ke sekolah ke?"

"I'm not sure, mom. But i really get sick with her,"

"I know but till when?"

"Hmm...I don't know"

"Alex dah ceritakan semuanya pada mama. Mama juga rasa yang dia bersalah tapi dia buat semua itu semata- mata untuk kamu.Kalau kamu kata kamu boleh terima dia kalau dia tak berbohong, mengapa kamu tak boleh nak terima dia selepas kebenaran terbongkar. Mana perginya akal kematangan kamu? Tak mungkin kerana identiti Alex yang dirahsiakan selama ini kamu nak marah tak tentu pasal. Itu hal kecil namun sengaja diperbesarkan. Kalau kamu berdua ikhlas berkawan, mama pasti kamu akan memaafkan dia walau apa jua sekalipun. Lagipun dia hanya berbohong mengenai hal peribadinya saja, bukannya menipu dalam hal persahabatan kamu,"

"But mom, she still lying me. Entah-entah selama nie dia tak ikhlas berkawan dengan Chloe"

"Honey, don't say that. Mama tahu yang dia ikhlas berkawan dengan kamu. Melalui matanya pun mama boleh tahu. Kalau kamu tak mahu berkawan dengan dia lepas ini, it's up to you but you must go to school and learn the life. Mama tahu Chloe dapat berfikir dengan bijak dan tidak akan menyesal dengan tindakannya"

"Thanks, mom"

Chloe memeluk erat Mrs.Miranda. Chloe mencium pipi ibunya dan bersalaman sebelum berangkat ke sekolah. Setibanya dia di sekolah, dia tidak nampak kelibat Alex. Mungkin Alex tak datang lagi kot. Dia sudah nekad untuk berkawan semula dengan Alex nanti. Lagipun esok, mereka sudah mula menduduki final exam. Mrs. Lim melangkah masuk ke dalam kelas. Perwatakannya sering mencuit hati Chloe. Cermin mata bingkai tebal berwarna hitam itu sangat melucukan dan menampakkan Mrs. Lim sebagai seorang yang skema. Sebaik sahaja Mrs.Lim meletakkan buku di atas meja, dia mula berbicara.

"Okay girls. Today i have a bad news and good news for you all. Elissa and Alex will not come to school today because there are something happened."

Chloe tersentak. Seluruh pelajar di dalam bising.

"Quiet please. Elissa terlibat dalam kemalangan tapi berjaya diselamatkan. Elissa kini berada dalam koma selepas kejadian tersebut. Alex dengan beraninya menyelamatkan Elissa daripada dilanggar lori. Kamu semua patut mencontohi Alex untuk menjadi berani dan pintar bukan menjadi pengecut."

Semua pelajar bertepukan tangan mendengarkan cerita itu. Hati Chloe berbuah kegembiraan dan turut menumpang senang mendengarnya. Dia merasa bangga mempunyai seorang sahabat seperti Alex. Walaupun Elissa begitu banyak menyakiti hati Alex tapi Alex masih menyelamatkan Elissa daripada ditimpa bencana. Aku sayang kau, Alex, getus hati kecil Chloe.

"The bad new was....
*              *               *                   *
"The bad new was Alex will not come to see us again. She's died in the accident. Alex tidak sempat menyelamatkan dirinya sendiri.I hope you all will be patient with this,"
Kata-kata gurunya masih berlegar-legar di kotak fikiran Chloe biarpun kejadian itu sedah 2 tahun berlalu. Selepas Chloe mengetahui berita tersebut, dia jatuh terjelepok daripada kerusi. Chloe sangat terkejut dan sukar untuk menerima kenyataan itu hingga menyebabkan dia pengsan. Sejambak bunga diletakkan di pusara Alex. Setiap hari dia akan menziarahi kubur tersebut dan membersihkannya. Sungguh Chloe menyesal akan tindakannya pada Alex dahulu. Elissa juga sudah membuah suatu perubahan apabila dia berhijrah ke arah yang lebih baik. Elissa kini membuka sebuah organisasi bagi membantu kanak-kanak yang terbiar tanpa keluarga ataupun lari daripada keluarga malah dia juga mengambil alih syarikat milik bapanya. Chloe masih lagi dalam pengajiannya manakala nenek angkat Alex menyusul Alex seminggu selepas pemergian Alex. Chloe sempat mengetahui segalanya daripada nenek Alex. Persahabatan yang terjalin antara kau dan aku terus mekar hingga ke syurga kerana when we friends, we are friends...

Friday, 2 September 2011

Cinta itu buta, pekak, bisu


Hakim memerhatikan ladang kelapa sawit Syed Ariff yang saujana mata memandang. Berdiri di atas kawasan tanah yang agak tinggi, dia memutarkan pandangannya 360 darjah untuk melihat kawasan sekeliling. Masya Allah, Subhanallah, memang luas dan subur. Dia tahu, selama ini ladang Syed Ariff merupakan ladang yang termaju di daerah itu.

Tiada yang dapat menandinginya dan kekayaan Syed Ariff yang semakin hari semakin bertambah berkat ketulusan dan sikap pemurah Syed Ariff dengan semua insan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan. Benarlah janji tuhan dalam firmanNya yang bermaksud,


'Sekiranya engkau bersyukur, maka kami akan menambahkan lagi rezekimu, namun sekiranya kamu kufur ketahuilah sesungguhnya azab Kami amat pedih'

5 tahun di luar negara membuatkan dia rindu dengan ladang luas ini. Kepulangannya kali ini adalah untuk selama-lamanya. Di sebelah kanan ladang ini, Syed Ariff telah memperuntukkan kawasan seluas beberapa ekar untuk dibuat kebun bunga dan Hakim belum pernah menjejakkan kaki ke situ. Dia berhajat untuk melawat kawasan itu juga.

Hakim menapak ke arah kebun bunga yang diwar-warkan oleh kebanyakan pekerja sebagai kebun tercantik yang pernah mereka lihat. Hakim perlu menilai sendiri semua itu. Dan anehnya, kata mereka, mereka tidak tahu siapa yang menjaga kebun itu sebaik dan secantik itu kerana penjaga kebun itu tidak pernah keluar di khalayak. Dan Hakim merasa bertambah aneh apabila tiada sesiapa dibenarkan berada berdekatan dengan kawasan kebun itu di waktu malam.

Hakim teruja untuk menyelidik sendiri hal itu. Benarkah begitu? Kenapa mesti bersembunyi?

Hakim semakin menghampiri kawasan itu, dan dia terserempak dengan seorang lelaki separuh umur yang sedang membawa cangkul di bahunya.

"Assalamualaikum syeikh," tegur lelaki tua itu dengan wajah yang berseri-seri.

Hakim terpegun melihat keceriaan di wajah itu seolah-olah dia tidak pernah bersusah.

"Waalaikumussalam. Pakcik siapa?" tanya Hakim ramah. Lelaki tua itu tersenyum, keikhlasan terpancar di segenap wajahnya.

"Saya pekerja di sini. Syeikh siapa?"

"Saya Syed Hakim, anak Syed Ariff," jawab Hakim, perlahan. Tidak mahu riak terselit dalam bicaranya.

"Oh, yang baru pulang dari luar negara tu?" ujar lelaki tua itu sendiri dan perlahan. Hakim cuma tersenyum. Tiada apa yang patut dibanggakan baginya.

"Alhamdulillah pakcik. Ada rezeki saya," ujar Hakim.

"Betul, rezeki manusia ada di mana-mana, terpulang bagaimana kita mencarinya," ulas pakcik itu.

"Siapa nama pakcik?"

"Saya Habibullah. Panggil Pak Habib saja," jawabnya beserta senyuman di wajahnya.

Hakim mengangguk sendiri. Dia ini 'Kekasih Allah'. Dia menyimpulkan.

"Pak Habib baru di sini?"

"Ya, saya bekerja di kawasan ini, di sekeliling kebun ini."

"Oh begitu. Boleh saya tanya? Siapa yang menjaga kebun ini? Dengarnya dia tidak keluar dikhalayak. Kebun ni juga ditutup di waktu malam. Pak Habib tau mengenai hal ini?" tanya Hakim.

Pak Habib diam, seakan-akan memikirkan sesuatu dalam. Dia merenung dalam mata Hakim sehingga membuatkan Hakim tertanya-tanya salahkah bicaranya sebentar tadi? Adakah dia telah mengguris hati Pak Habib tanpa disedari?

"Penjaga kebun ini tidak keluar bertemu orang kerana dia buta, pekak, dan bisu," jawab Pak Habib, lambat-lambat namun mendalam.

Hakim terdiam mendengarnya. Dia merenung wajah tua itu, mencari-cari sesuatu yang akan memberitahunya bahawa dia sedang dipermainkan namun wajah itu tetap serius, tenang dan ceria seperti tadi.

"Betul pakcik? Mana pakcik tahu?" tanyanya lagi, meminta kepastian.

"Syed Hakim, Pak Habib ada kerja. Minta diri dulu. Assalamualaikum."

Belum sempat Hakim memberi keizinan, Pak Habib telah berlalu meninggalkan Hakim termangu-mangu. Buta, pekak dan bisu? Biar betul? Pak Habib ni tipu ke apa? Hakim terus-menerus memikirkan kembali kata Pak Habib yang tadi. Masih tidak dapat menerima rasional perkara itu. Lama dia di situ, sebelum dia meneruskan langkahnya ke arah tujuannya sebentar tadi. Dia perlu tahu setakat manakah kebenaran kata-kata Pak Habib.

Semakin dia menghampiri, Hakim sudah dapat menghidu bau haruman bunga yang menyegarkan dan menusuk ke hidung. Wanginya tidak terkata. Kebun itu dibina di dalam sebuah ruang yang berbumbungkan dan berdindingkan jaring hitam. Ada pintu yang berupa celahan tanpa jaring yang dikhaskan supaya pengunjung dapat keluar dan masuk dari satu jalan sahaja.

Hakim sudah berdiri di hadapan pintu kebun itu dan dia melangkah masuk. Hakim terpegun seketika. Subhanallah, dia memuji-muji di dalam hati. Kebun itu begitu indah, benar apa yang dikatakan pekerja di situ. Bunga pelbagai jenis ditanam di situ. Pelbagai rupa dan warna juga bau. Ada yang tergantung, yang di tanam di atas tanah dan juga disusun di para. Pengunjung perlu mengikuti laluan yang dibuat khas yang dibuat disekeliling kebun itu.

Hakim berjalan mengikut langkah kaki, tiada apa yang melekat di fikirannya kerana yang dia tahu tempat itu ibarat syurga sekiranya ia boleh dianggap begitu. Fikirannya lapang selapang-lapangnya. Air terjun buatan yang kecil dan unik juga dibuat di beberapa sudut. Ada juga tanaman hiasan lain yang menghiasi sudut-sudut seperti bonsai dan kaktus. Serangga bertebaran riang. Rama-rama berterbangan riang tiada gundah.

Apa yang dia tahu, kebun itu ibarat taman bunga yang sungguh indah yang wujud cuma dalam khayalan. Keindahannya tidak tergambar, dan ada ketenangan yang mengiringi setiap inci indah taman itu. Siapakah yang menjaga kebun ini? Mustahil dia buta, pekak dan bisu. Kebun ini tidak mungkin terjaga indah sekiranya benar penjaganya begitu.

Hakim melepaskan lelah di bangku kecil yang disediakan sambil menghayati deruan air yang menjadi muzik menghiburkan pengunjung taman. Hakim memejamkan matanya, cuba menghayati keindahan taman itu dengan segenap inci akalnya. Tenang dan damai. Itulah rasa yang meresap jauh ke sehingga ke lubuk hatinya. Selama ini, bukan dia tidak pernah mengunjungi taman-taman bunga terutamanya semasa dia di luar negara. Hampir semua taman bunga yang ada dia telah kunjungi namun taman ini sungguh berbeza.

Ada sesuatu yang mengiringi keindahan taman ini, sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah itu. Dia mesti mencari penjaga kebun ini.

Mesti.

Hakim memasang tekad di hati, sambil memerhati seekor labah-labah kecil meniti atas sekuntum bunga mawar. Mawar indah.


"Abi, Hakim nak tanya sikit," Hakim memulakan sebaik mereka selesai solat isyak berjemaah malam itu.

Syed Ariff mengangkat muka, memandang ke wajah anak lelaki sulungnya. Anak yang menjadi penguat semangatnya sejak kematian isteri 10 tahun yang lalu. Anak yang menjadi kebanggaannya.

"Apa dia?" lembut dan tenang suara itu berbicara.

Hakim menunduk. Berat mahu memulakan. Akankah dia mendapat jawapan kepada persoalannya?

"Abi, Hakim dah melawat kebun bunga abi," Hakim memulakan.

Dia menelan liur. "Ya? Apa pendapat Hakim?"

"Taman itu taman yang paling cantik dan tenang yang Hakim pernah kunjungi. Hakim tertanya-tanya apakah yang membuatkan kebun itu istimewa walhal luarannya sama seperti kebun yang lain," ujar Hakim, memberi pendapat.

Syed Ariff mengukir senyum nipis. Reaksi itu sudah dijangkakan. "Jadi? Apa yang Hakim nak tau?"

"Err, Hakim ada bersembang dengan Pak Habib dan Hakim tanyakan pada dia, siapa penjaga kebun tu."

"Apa jawab Pak Habib?"

"Katanya, orangnya buta, pekak, dan bisu. Betul abi? Dan sebab tu dia tak pernah keluar di khalayak."

Syed Ariff tersenyum lagi. "Betul, dia buta, pekak dan bisu," Syed Ariff mengiyakan.

Hakim tergamam. "Tapi macam mana dia boleh jaga kebun itu seindah dan sebaik itu kalau betul dia buta, pekak dan bisu?" ujarnya lagi, meluahkan rasa hairan yang berbuku di dada.

Syed Ariff mengukir senyum nipis lalu meletakkan tangan kanannya di bahu Hakim. Hakim tersentak sedikit kerana seakan ada sesuatu yang mengalir dari tangan ayahanda tersayang. Rasa kasih seorang ayah.

"Hakim, dalam dunia ni, ada sesetengah benda Hakim perlu cari sendiri jawapannya. Dan bila Hakim dah dapat jawapannya, mungkin Hakim tak pernah jangka yang Hakim akan memperoleh kebaikan dari situ. Siapa tahu, dunia ini dan ciptaanNya, penuh rahsia. Abi serahkan pada Hakim untuk mencari jawapan kepada semua ni. Bila Hakim dah tahu, beritahu abi."

"Tapi abi..."

"Ingat Hakim. Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan jawapan itu lebih indah jika kita mengetahuinya dari usaha kita sendiri," Syed Ariff bingkas lalu melipat sejadahnya. Hakim masih di situ, memikirkan erti kata-kata ayahnya.



Hakim berdiri di beranda rumahnya yang tersergam indah dan mengambil sebahagian kecil tanah di ladang luas itu. Dia memandang ke langit, di fikirannya pertanyaan itu masih belum terjawab. Siapa dia? Siapa dia yang menjaga kebun itu sebaik itu?

Hakim membuang pandang ke kejauhan. Bagaimana caranya untuk dia mendapatkan jawapan kepada semua itu? Ilham Allah tercetus di minda secara tiba-tiba. Hakim teringat yang kebun itu menjadi kawasan terlarang di waktu malam. Mungkinkah dia keluar di waktu malam? Dan untuk mengelakkan pertembungannya dengan orang lain, para pengunjung dilarang ke situ pada waktu malam. Mungkinkah? Hakim tahu dia perlu ke situ untuk mencari jawapannya.

Dia mencapai kunci motor dan dia melangkah keluar dari rumahnya. Syed Ariff yang sedang membaca akhbar tersenyum sendiri melihat Hakim yang tergesa-gesa keluar. Syed Ariff mencapai telefon lalu didailnya nombor seseorang. Sebentar kemudian, terdengar bicaranya.

"Habib, Hakim dah keluar. Perhatikan dia," ringkas tapi penuh makna.

Hakim menyusuri lorong di ladangnya sehingga dia menghampiri tepi jalan yang akan membawanya ke kebun itu. Dia memberhentikan motornya lalu ditongkatkan. Langkah kaki diatur pantas namun berhati-hati bagi mengelakkan kakinya tersadung apa-apa di atas tanah. Dari kejauhan, kebun itu yang disimbahi cahaya dari lampu di luar dan dalam kelihatan bercahaya. Dan ketenangan itu meresap kembali.

Hakim semakin menghampiri. Dan tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila dia cuma beberapa langkah sahaja lagi dari pintu. Telinganya menangkap alunan sesuatu dan jantungnya berdegup kencang. Hakim terkedu. Alunan itu sungguh indah dan lagunya begitu meresap ke dalam jiwa. Bukan alunan lagu terbaru dari radio-radio, tetapi alunan ayat suci Al-Quran yang begitu indah dan menusuk sekali. Suara yang mengalunkannya juga kedengaran begitu tenang dan mendamaikan.

Seperti tiada gundah dan hidup ini begitu indah. Siapakah dia?

Hakim mengatur langkah perlahan, dia mahu bersemuka dengan empunya suara itu, dan dia tidak mahu mengejutkannya. Hakim melangkah masuk ke taman itu sambil matanya cuba mencari arah datangnya suara itu. Dia menapak perlahan sehingga matanya tertangkap kelibat seseorang yang berdiri di sebalik bunga-bunga Anggerik dan Orkid yang tergantung dalam jarak 5 meter darinya.

Matanya cuma dapat melihat separuh sahaja susuk itu kerana ianya terlindung dek pokok-pokok hiasan. Seorang perempuan seperti yang dia jangkakan. Alunan itu masih kedengaran dari arahnya. Memang dia yang mengalunkannya. Kali ini alunan itu lebih jelas. Alunan surah an-Nisa'.

Hakim mengunci bibir, menghayati bacaan itu. Mengamati susuk itu yang berkelubung dari atas sampai ke bawah. Kelihatannya dia sedang menyiram bunga dengan paip. Hakim tidak berani mendekat lagi. dia memeluk tubuhnya. Dan tiba-tiba, gadis itu berpusing menghadap ke arah Hakim. Hakim tergamam melihat seraut wajah itu yang bertutup sehingga cuma menampakkan matanya. Mata yang memancar cahayanya, menyilaukan ketenangan.

Gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Masih leka menyiram bunga-bunga dan tumbuhan di situ. Suara itu masih kedengaran biar bibir yang mengalunkan tidak kelihatan. Hakim terkedu. Siapa dia?

"Hakim!" Hakim tersentak mendengar suara itu.

Gadis itu yang turut mendengar suara itu mengangkat matanya. Jelas dia terkejut dengan melihat Hakim. Alunan itu terhenti. Hakim memandang ke sebelah kanannya sebelum mengalihkan pandang ke arah itu kembali namun dia sudah tiada. Ke mana dia?

"Hakim, kamu buat apa di sini?" tanya Pak Habib.

Hakim termangu-mangu. Mencari-cari kelibat itu namun sudah tidak kelihatan. Dia tahu dia tidak bermimpi.

"Kamu cari siapa?" tanya Pak Habib lagi setelah soalan pertamanya terbiar sepi.

"Perempuan tu. Pak Habib kenal dia?" tanya Hakim. Matanya masih melilau ke segenap sudut yang kelihatan di mata kasarnya namun dia sudah menghilang.

"Perempuan mana?" Hakim terkedu. "Pak Habib, perempuan yang siram pokok tadi kat sana tu. Dia pakai purdah. Dia baca surah an-Nisa'. Takkan Pak Habib tak dengar tadi?" tanya Hakim tidak percaya.

Pak Habib memandang ke arah yang ditunjukkannya. "Tak pun, biar betul kamu ni. Kamu salah dengar kot," tingkah Pak Habib.

Hakim mengetap bibir, tidak puas hati. Tak mungkin. Memang dia ada.

"Dah lewat ni, pergi balik," arah Pak Habib.

Hakim diam, tidak tahu apa yang perlu dibalas. Masih keliru. Namun diaturkan juga langkah keluar dari taman itu dengan diikuti Pak Habib yang setia di belakangnya.

"Pak Habib, takkan Pak Habib tak Nampak dan dengar dia tadi?" tanya Hakim lagi, tidak puas hati.

Pak Habib mengerut-ngerutkan dahinya. "Apa yang kamu merepek ni? Dah lewat ni, pergi balik," arah Pak Habib lagi sambil menggesa Hakim ke arah dari mana dia datang tadi.

Hakim menggaru kepala yang tidak gatal. Dia pulang juga bersama tekad baru. Malam esok aku akan datang lagi.

Keesokan harinya, Hakim keluar lagi pada waktu yang sama dengan harapan dia dapat melihat kembali dan sekiranya berpeluang, dapat berbicara dengan gadis itu. Namun Hakim hampa apabila setelah lebih sejam dia menanti, suara itu tiada lagi kedengaran. Hakim tetap setia menanti sehingga lima malam berturut-turut. Hakim tahu dia sudah jatuh cinta. Di fikirannya terbayang-bayang sepasang mata itu. Di manakah kau? Adakah benar kau bidadari dan aku hanya mampu melihat kau di dalam bayangan sahaja?

Malam keenam, Hakim sudah mengalah. Dia pasti kini gadis itu hanya bayangannya biar akal warasnya menidakkan. Jika dia ada ke mana dia? Syed Ariff yang memerhatikan gelagat Hakim selama 5 malam itu menghampiri Hakim yang sedang mengelamun di atas sofa.

"Hakim, abi tengok Hakim resah saja sekarang. Ada masalah dengan pekerja?" Syed Ariff melabuhkan punggung di sisi Hakim.

Hakim melepaskan keluhan berat. "Abi, Hakim pun tak tau nak cakap macam mana."

"Cakaplah, insyaAllah, abi akan cuba fahamkan."

Hakim berdehem kecil. Bimbang dengan penerimaan ayahnya. "Hakim, ternampak seorang perempuan di taman bunga tu 6 malam yang lalu," ujar Hakim, memulakan bicara yang teragak-agak.

"Perempuan? Di taman bunga kita?"

"Ya abi. Tapi, sekejap saja. Dia siram pokok kita, sambil mengalunkan surah An-Nisa'. Kalau abi tengok dan dengar suara dia, Hakim percaya abi pun akan terkedu. Alunan dia sangat indah dan tenang, menusuk ke dalam jiwa. Seumur hidup Hakim, Hakim tak pernah dengar alunan seindah tu yang tidak ditujukan kepada pendengaran manusia. Maksud Hakim, alunan dia kedengaran ikhlas dan penuh penghayatan. Dan lagi satu abi, dia tutup seluruh badan dia kecuali mata dia," ujar Hakim bersungguh-sungguh.

"Ok, jadi, apa yang Hakim runsingkan sekarang ni?"

Hakim diam lalu menunduk. "Hakim dah tak jumpa dia dah."

"Kenapa Hakim cari dia?" tanya Syed Ariff lagi, cuba mencungkil rahsia hati anak bujangnya.

"Hakim rasa Hakim dah jatuh hati pada dia abi," luah Hakim terus tanpa segan silu. Syed Ariff mengangguk-angguk.

"Tapi, Hakim dah tak jumpa dia. Hakim pasti memang dia wujud?" tanya Syed Ariff lagi. Hakim menggelengkan kepala.

"Entahlah abi."

Syed Ariff tersenyum lagi. Dia menepuk lembut bahu Hakim. "Hakim, kadang-kadang, mata kita nampak benda yang kita nak lihat, telinga kita dengar apa yang kita nak dengar dan mulut kita berbicara apa yang kita mahu bicarakan tanpa memikirkan natijahnya. Hakikat cinta itu sebenarnya cinta itu buta, pekak dan bisu. Cinta itu buta kerana kita tidak akan pernah tahu siapa dia yang akan memperoleh cinta kita. Cinta itu pekak kerana cinta yang suci tidak mendengar bicara manusia yang rapu. Cinta itu bisu kerana cinta itu tidak akan pernah terluah oleh kata-kata yang sia-sia. Hanya orang yang bercinta merasakannya dan hanya orang yang benar bercinta dan ikhlas bercinta akan merasakannya. Ayat-ayat cinta yang selalu terluah di bibir manusia hakikatnya kebanyakannya adalah bertunjangkan nafsu semata kerana cinta sebenar adalah buta, pekak dan bisu. Pada abi, cinta sebegitu memang sukar ditemui. Hakim, jangan biarkan perkara sebegitu merunsingkan pemikiran Hakim. Dunia ini masih banyak tawarannya."

"Maksud abi?"

"Abi mahu meminang anak perempuan Pak Habib untuk Hakim. Syafiyya namanya. Hakim setuju?" ujar Syed Ariff terus tanpa berlengah.

Hakim menunduk. Mungkin itu yang terbaik dari hidup dalam bayangan. "Hakim ikut sahaja abi. Baik pada abi, baiklah pada Hakim," ujarnya tulus. Syed Ariff mengangguk-angguk.

"Kalau begitu, abi tidak mahu berlengah lagi. Dalam 3 bulan lagi, Hakim akan dinikahkan dengan Syafiyya. Hakim mahu berjumpa dia sebelum bernikah?" Hakim tersenyum. Menggeleng.

"Hakim percaya pada abi."

"Tapi dia buta, pekak dan bisu. Betul Hakim mahu?" Hakim terdiam.

Cinta itu buta, pekak dan bisu. Mungkin Syafiyya itulah cintanya. Jodohkan di tangan Tuhan?

"Hakim terima dia bukan kerana fizikalnya tapi kerana dia Syafiyya. InsyaAllah, jika semuanya kerana Allah, Hakim tidak akan menyesal. Hakim terima dia bagaimanapun keadaannya abi. Abi uruskanlah," ujar Hakim tenang. Syed Ariff mengangguk.

Hakim mengukir senyum nipis. Harapannya Cuma perkahwinan itu kelak dirahmati dan diberkati.



Hakim berdebar kuat. Sekarang, dia akan masuk ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang. Pertama kali dia akan menatap wajah gadis yang sudah sah menjadi isterinya sebentar tadi, Syafiyya. Langkah kaki diatur tertib masuk ke dalam bilik yang terhias indah.

Syafiyya menanti di sisi katil, berkelubung dengan selendang emas nipis, menyukarkan pandangan Hakim. Dia mendekati, gementar jemarinya mahu membuka selendang itu.

"Assalamualaikum," ucap Hakim biar dia tahu salamnya tidak mungkin didengar dan berjawab.

Selendang yang menutupi wajah itu diangkat dan mata bertentangan. Hakim terkedu.

Gadis di taman bunga!


"Waalaikumussalam," tutur seulas bibir itu perlahan namun menusuk. Hakim tergamam. Dia tidak buta, pekak atau bisu! Hakim memandang abi di sebelah, yang tersenyum dan mengangguk.

******** "Hakim, Syafiyya bisu kerana dia tidak pernah bertutur dengan orang lelaki lain selain Pak Habib. Dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak elok. Dan dia buta kerana dia tidak pernah melihat yang tak elok di atas muka bumi ini," terang Pak Habib.

Hakim terdiam, jemarinya menggenggam erat jemari Syafiyya di sisi. Pandangan mata bertaut.

"Kami memang mahu menjodohkan kamu berdua namun tak sangka Hakim terlebih dahulu bertemu Syafiyya malam itu. Kerana itulah Pak Habib dan abi mengambil keputusan untuk tidak membenarkan lagi Syafiyya bekerja dan tarikh perkahwinan pun dipercepatkan," sambung Syed Ariff pula.

"Jadi dialah penjaga kebun yang buta, pekak dan bisu itu?" ujar Hakim sambil tertawa kecil. Genggaman jari mereka bertambah erat. Syed Ariff dan Pak Habib cuma tersenyum.

Hakim memandang wajah kedua-dua ayahnya. "Abi, ayah Habib, Hakim memang orang yang paling bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan isteri dan cinta yang buta, pekak dan bisu. Doakan kami, supaya hubungan ini sentiasa dalam rahmatNya," ujar Hakim penuh pengharapan, sambil merenung Syafiyya yang tersenyum manis di sisi.

Dalam diam dia memanjat syukur kerana ikhlasnya menghadiahkannya seorang isteri yang sempurna iman dan luaran. Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© ♪NajahMus Entertainment♫